Cara mengatasi dan merawat masalah keputihan

Penyebab keputihan wanita adalah kerana jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda.
Jom kita lihat cara mengatasi dan merawat masalah keputihan dalam blog ini.

elakkan dari makan makanan manis

Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) boleh menyebabkan keputihan. Jadi, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang manis-manis lepas ini. Itupun jika anda serius untuk mencegah keputihan.

Selain itu, ada beberapa jenis buah-buahan atau sayuran yang menyumbang kepada keputihan iaitu nanas, sengkuang, kubis dan timun. Ini bukan bermakna anda tak boleh makan langsung. Cuma kurangkan kadar pengambilannya. Berikut adalah cara mengatasi dan merawat masalah keputihan :

1) Pastikan bahagian dalam celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak, warna kulit bahagian dalam akan bertambah gelap.

2) Penggunaan tuala wanita dan panty liner boleh mengundang kehadiran kulat. Jadi, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan alat sulit memasing.

3) Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.

4) Kurangkan kekerapan pengambilan ubat antibiotik.

5) Jika boleh, hindari pengambilan pil perancang keluarga.

6) Jauhi mengambil sayur kobis bulat terutama secara mentah.

7) Amalkan mengambil ulam bunga kunyit/kunyit muda/minum satu sudu air kunyit seminggu 1hingga 2 kali

8) Biasakan guna air rebusan daun sireh yg masih suam utk membersihkan bahagian sulit anda.

9) Keputihan dapat diubati jika kena caranya, contohnya Alfalfa yang dikatakan mampu mengubati keputihan. Ia ada 1001 kebaikan yang pastinya dapat dinikmati oleh semua golongan, termasuklah golongan bapa, wanita muda, lelaki dan warga emas. Anda boleh membeli Alfalfa sprout di pasaraya2 dan masak mengikut citarasa anda.

Alfalfa Sprouts sesuai dimakan cara mengatasi dan merawat masalah keputihan

10) Tips menghilangkan keputihan melalui kerak nasi.
i. Panggang kerak nasi yang ada sampai hangus.
ii. Kemudian, tumbukkan kerak nasi yang telah hangus tadi sehingga halus.
iii. Sesudah itu, campurkan bahan di atas dengan sedikit air panas.
iv. Kacau ia sampai sebati.
v. Minumlah air tersebut setiap hari sehinggalah anda bebas daripada sebarang masalah keputihan wanita.

11) Tips menghilangkan keputihan melalui daun pegaga.
i. Ambil secekak pucuk pegaga sekali dengan akarnya dan bersihkannya.
ii. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama dengan 2 gelas air bersih.
iii. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu.
iv. Setelah mendidih, biarkannya sejuk dahulu.
v. Bila dah sejuk nanti, anda tapis air rebusan tadi.
vi. Minum air tersebut 2 kali sehari.
vii. Amalkan kaedah ini sehinggalah masalah keputihan atau rasa gatal tu sembuh.

12) Tips menghilangkan keputihan melalui daun sirih.
i. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkannya.
ii. Kemudian, sediakan kira-kira 1 liter air suam.
iii. Ramas kesemua daun sirih tadi bersama-sama dengan air suam.
iv. Tapislah air tersebut.
v. Gunakan air tapisan itu untuk mencuci bahagian sulit anda.
vi. Sebaik-baiknya bagi anda yang beragama Islam, berselawatlah ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali sebelum mencuci bahagian tersebut.
vii. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, cara ini dikatakan dapat merapatkan kembali bahagian sulit wanita.
viii. Lakukan cara ini sehingga anda dapat mengatasi keputihan yang dialami.

13) Tips mencegah keputihan melalui daun tenggek burung.
i. Ambil beberapa helai daun tenggek burung.
ii. Kemudian, anda bersihkanlah daun-daun tu terlebih dulu.
iii. Seterusnya, kisarkan daun tadi bersama dengan sedikit air masak untuk dijadikan jus.
iv. Amalkan meminum jus tersebut sehingga masalah keputihan anda hilang.

Semoga artikel cara mengatasi dan merawat masalah keputihan dapat memberikan manfaat kepada anda. Sekiranya anda masih menghadapi masalah keputihan berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor.


Source and citation:
http://petuasejagat.blogspot.com/2011/01/penyebab-keputihan-wanita-dan-cara.html

Anda mungkin menyukai:

Cara dan rawatan menghilangkan jerawat dengan mudah dan cepat
Cara mencegah dan mengubati penyakit diabetes
Tips dan cara merawat luka
Tips cara kurus turunkan berat badan
Cara hilangkan sakit dan pening kepala

Medications That Cause Vaginal Yeast Infections

Some antibiotics are known to encourage yeast overgrowth by making the vaginal environment less acidic. This may be because they kill off normal genital bacteria, making it easier for yeast to thrive.

Steroids are another type of medication that can cause women to develop a vaginal infection from yeast. The higher the dose and the longer you use them, the greater the risk, but even low-strength topical steroid creams may make yeast infections more likely.

The good news about yeast infections is that they are usually quite treatable with over-the-counter medication. If you think you have a vaginal yeast infection, speak with your doctor to discuss your treatment options.

1 comment:

  1. Terbaik infonya. Terima kasih admin share info yang bagus sekali. Salam dari blogger blogwalking ya.

    Salam admin. Tumpang Iklan:-

    Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
    Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
    Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
    Wanita cantik bermula dari diri :)

    [BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA]

    ReplyDelete